Nuffnang Ads

Wednesday 6 March 2013

Apam Dewa n Apam mekar yang tak mekar punnn

Assalamualaikum...


Hari ni mummy nak marathon post segala mcm resepi n ofkos bukan resepi mummy pun...dapat dari blog n fb..yg nyatanya semuanya berwarna-warni..heheh...selamat mencuba :)




Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

Didihkan air dalam periuk kukus.
Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.


Tapi mummy tak lorekkan pun corak..biar dia mcm ni lagi cantik kotss


Resepi kedua tajuknya Apam Mekar...tp sebab frust tak mekar mummy takmo upload gambar yg da jadi...dia tak mekar pun tersengih pun tak...cuma kembang n terkeluar dr acuan...rasanya api da cukup besar dah..tak tau la apa silapnya..papepun ini resepinya..


apam mekar setaman
bahan:
1 1/2 cwn tepung beras }
2 sudu kecil baking powder } diayak bersama
3/4 cwn gula halus
1 cwn susu segar/cair/santan cair
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna pilihan

cara:

-panaskan kukusan
-acuan dialas dgn mangkuk kertas
-satukan bhn2 kering didlm mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan cair kacau hingga larut dan sebati
-masukkan esen vanilla dan kacau lagi
-warnakan adunan ikut pilihan
-tuang 3/4 penuh adunan kedlm acuan
-kukus selama 15 minit atau hingga masak dgn api besar
-apam ini enak dimkn begitu saja atau dgn kelapa parut yg dicampur garam sikit dan dikukus sebentar...:)
 

Selamat mencuba..

2 comments: